Semasa baru bekerja aku pernah juga beli kartrij player , tapi penampilan alat ini tidak lama kerana medianya iaitu kartrij bagi menyimpan data lagu berciri saiz besar dan 'clumsy'.Alat ini muncul selepas kaset dan hilang begitu saja dari pasaran.
Sebelum itu Arwah Abah aku telah membeli casetteplayer model ini pada tahun 1974 untuk kegunaan keluarga.Kaset pertama yg dibeli ialah Original Sound Track Filem Akhir Sebuah Impian.Abah aku yang sangat meminati musik turut beli kaset / gubahan terakhir PRamlee iaitu lagu Air Mata di Kuala Lumpur.
media bagi storage lagu dizaman 70an & 80an ialah kaset magnetik .Selain dari kaset yg siap dirakam oleh pengusaha cetak rompak, turut dijual kaset tanpa rakaman bagi kegunaan pembeli yang ingin merakamkan lagu terus dari siaran radio.
foto ini ialah radio kaset gelombang fm.Pada awal 1980an kaset cetak rompak berleluasa dijual dengan harga rm2.50 hingga rm3.00.Ia boleh didapati dipasar malam atau kakilima sepanjang jalan TAR, KL.Ketika itu aku crazy sangat dengan nyanyian Broery Marantika, apa saja kasetnya yang dipasarkan,terus aku beli, lagu nyanyian beliau dalam bahasa melayu,inggeris dan ambon, semuanya aku kumpulkan.
akhirnya hi fi idaman ku berjaya ku miliki selepas beberapa tahun bekerja (the set whichI purchased exactly look like this).During the HiFi set era, Witney Housten and Julio Iglasias was the 'happening' in the world music industry.
No comments:
Post a Comment