Disebut Jangan Dikenang Jangan Sebutir embun menitis Seribu kuntum mengembang Sepatah aku berjanji Kau sebut kau ulang-ulang Mencurah hujan membatu Meresap ditelan bumi Segala sumpah janji mu Tak satu yang kau tepati ( korus ) Tiada ku duga Tiada ungkitan Bagi mu tuan Ku rela dilupakan Ku diumpat jangan Dikenang jangan ( 1 ) Berlalu kisah di taman Bak mimpi diganggu siang Disebut diingat jangan Tak guna dikenang-kenang
Lirik lagu diatas nyanyian Rafeah Buang....Juara Bintang Radio Malaya tahun 70an.Lagu ini aku tujukan kepada kereta Galant GLS aku yang pergi tanpa pesan setelah dijual kepada seorang wakil kedai potong kereta di Segambut.Nak diungkit pun tak guna , nak dikenang pun dah tak de.... kerana body kereta tu telah dipotong2 dikerat2 , pintu, bonet & dan tutup booth telah dijual, malahan komponen lain seperti long shaft, half shaft,gear box dll, telah di'canibalised' untuk dijual secara item yang berasingan.Aku sayang sangat kereta pertama yang aku beli dengan bantuan arwah ayahandaku (Hj.Hassan Basri Md.Salleh) pada tahun 1984 (second hand).Setelah kereta tu dimamah usia dan bekalan alat ganti kian berkurangan dipasaran terang mahupun gelap serta performancenya yg 'degrading' tidak seperti baru, I'm left with only one choice that is to dispose the car.
Auto manufacturer sells dreams, lihatlah iklan Toyota Corolla Sprinter, how many seconds does it take to hit 100kph? Base on the spec, I calculated 43 seconds ! The not so latest Ferari owned by Malaysians in the country can hit 100kph in 5 seconds.But Ferarri do not require ads such as above but bullock carts do, in order to sell dreams.


No comments:
Post a Comment