minang fireblade

minang fireblade
happy

Tuesday, 16 June 2015

Sdra. Ishak . Ini idea Abg , usah dibaca direct tapi olah dengan skill public speaking Shak sendiri. Juga jangan diserah pulak nota ini pd Boss.

Tksh.
Nor Azman
____________________________________________________________________

Kertas kerja cadangan Pindaan Waktu Bertugas Secara Giliran yang dikemukakan kepada Pegawai-pegawai dan Pen Pegawai ATCC Subang gagal menjelaskan rasional yang menjurus kepada usaha  meminda waktu bekerja dimana telah laksanakan  selama 40 tahun . Format bertugas sedia ada dianggap hampir sempurna dan ‘strong’ kerana ia telah melalui evolusi penambahbaikan hasil peredaran masa berdasarkan keperluan industry dan pada masa yang sama  ia mengambil kira realiti aktiviti/jadual  penerbangan dinegara ini.

Rasional atau objektif sebenarnya cadangan ini amat kritikal demi kefahaman/penerimaan  pekerja,  tetapi ketiadaan kenyataan atau  rujukan yang meyakinkan , hasrat tersebut  tidak dapat difahami dalam erti sebenar  oleh hampir semua Pegawai dan Penolong Pegawai . Sewaktu pihak kerajaan melaksanakan waktu bertugas anjal , kebaikannya dirasakan serta merta oleh rakyat dan pekerja sebab , rakyat dapat melanggani perkhidmatan agensi kerajaan dalam tempoh masa yang lebih panjang dalam sehari dan pejawat awam pula diberi kemudahan untuk memilih dan menikmati waktu kerja yang sesuai dengan individu tersebut.

Langkah  Pentadbiran KLATCC untuk meminda waktu kerja pekerja syif mencetuskan  soalan samada wujud peningkatan   mutu , menambah kemampuan dan mengangkat tahap perkhidmatan kawalan trafik udara yang diberikan kepada industry pengangkutan udara  negara ? Jawapannya jelas  ‘task force’ tiada jawapan berasaskan fakta sebagai tanda aras  kejayaan atau unjuran  ‘degree of improvement’  dan dukacita   perubahan  ini menghakis sama sekali nilai nilai kekeluargaan antara pekerja dan ahli famili kerana  waktu kerja diubah dan dipanjangkan ke lewat malam.

Pada pandangan saya ,   taskforce hanya menggunakan EXCEL untuk fill in the blanks bagi mencipta susun atur waktu dan giliran bertugas iaitu  11,22,34 dan OO. Jelas , apajuan corak yang diusulkan tetap melanggar perintah Am Bab G , bilamana dimasukkan OffStanby atau dipanggil balik untuk kepejabat untuk Taklimat/Kursus. Format baru ini mirip bertugas waktu pejabat sebab wajib ketempat kerja 5 kali dalam 5 hari dan hari keenam , perjalanan pulang kerumah, malah fasa yang paling sukar adalah syif malam dimana pekerja tidak dapat ‘rehat’ yang secukup nya . Kajian  pihak HR bagi menjelaskan kepada Pentadbiran , risiko kemerosotan tahap ‘vigilant’ PKTU pada jam 3 atau 4 pagi adlah sangat dituntut untuk pertimbangan semula Pentadbir.

Saya merasakan Kerajaan malah rakyat akan terkejut dengan keputusan Pentadbiran ATCC mengurangkan jumlah petugas keparas   50 peratus ketika  syif malam sebab ingin dilihat seperti melakukan penambahbaikan dengan ujudkan  waktu bekerja berlainan ,tetapi  tidak menyumbang apa apa atau mengubah apa jua tanda aras  kepada industry penerbangan .  . Wajib  diingat , KLATCC adalah nadi penerbangan dan lambing integrity aviation negara , pada pendapat saya ,  langkah pengurangan jumlah petugas dan waktu ‘rehat’ sesuatu yang merbahaya dan boleh mendedahkan dan mencetuskan kepincangan@ kelemahan baru operasi KLATCC DCA .

Menurut mantan Pengurus DCA WMKP kini Penyelia Syif B ,semasa beliau bertugas disana sistem syif semasa ini telah diaudit dan disiasat oleh pihak Audit Dalaman MOT atas arahan Dato’ KSU MOT , lanjutan dari surat layang yang dikirimkan kepada MOT .  Malah Jabatan Audit Negara Putrajaya juga pernah berada di DCA Penang bagi menyiasat perkara yang sama. Menurut beliau lagi, tiada teguran dikeluarkan kepada beliau berkenaan ‘non compliant’ dari aspek peraturan. Juga sebagai rekod, pasukan penyiasat MOT telah menemui PW1 dan PP (En.Bala) diakhir 2010 dalam usaha  mencari asal usul serta ‘kepincangan ’ jika ada ,pada  jadual tugas PKTU. Ekoran siastan tersebut,
Jabatan diperingkat Ibupejabat telah mengeluarkan surat yang ditandatangani
Oleh Dato Seri berkenaan waktu bertugas bagi lapangan terbang yang beroperasi 24 jam dan bukan 24jam.

Pada pandangan pekerja , PP perlu menjelaskan beberapa perkara bersama rujukan dokumen yang munasabah.
  i)  Apakah kesan atau impak yang akan diterima oleh stakeholder
   dan pengguna ruang angkasa jika waktu syif baru dilaksanakan ?

  ii)  Penjelasan fatique bertugas 8 jam adalah sama atau kurang dari fatique
   Bertugas 6 jam. Peratus waktu rehat diatas waktu kerja cadangan PP tidak
   menyakinkan memandangkan  waktu rehat yang pendek dan ringkas tidak dapat
   Mengembalikan ‘level of vigilant’ dan ‘readiness’ . Menurut sumber tidak
   Rasmi , diATCC Negara jiran , Syif 8 jam dilaksanakan dengan jumlah  pekerja yang besar    dan  tempoh masa rehat yang disifatkan mewah.
   

   iii) Pengurangan staf sehingga 50 peratus untuk syif    malam, bertentangan   
   dengan 'spirit' Perbekalan Jawatan yang merupakan keputusan Kerajaan dalam
   konteks penyediaan tenaga kerja untuk agensi awam selaras
   dengan peranan dan tanggungjawap. Walaupun wujud perancangan  untuk
   menambah staf , tetapi yang pasti , adalah mustahil  ‘full compliment’  
   seperti syif siang memandangkan   full compliment syif malam seperti syif
   siang membawa maksud setiap syif perlu dianggotai oleh tidak kurang 80
   petugas.


   iv)  Minta jaminan dari PP agar pembayaran elaun rating bulan tidak tergendala
         memandangkan  , Dato Seri Azhar (Pegawai Pengawal) &
         PW1 tidak ada asas/rujukan untuk  membuat pembayaransekiranya waktu syif yang            baru dilaksanakan.Pembayaran  tanpa kelulusan yang jelas seperti rujukan sedia ada,          akan menimbulkan ‘Query” dari pihak AG,dan ini melibatkan jumlah wang yang besar.          Kita                    percaya PP maklum tentang     Audit Kewangan dimana setiap                   pembayaran wajib  disokong oleh dokumen rujukan/kebenaran  rasmi .

        Nota : baru2 ini Vice Chancellor UTM dipanggil dan bersemuka dengan Ketua Audit    egara regarding               pengurusan kewangan , walaupun UTM bersifat otonomi dan dikecualikan dari                   beberapa  aspek   Arahan Perbendaharaan.
  

    






No comments:

Post a Comment