minang fireblade

minang fireblade
happy

Monday, 27 April 2020

pencen

28hb.April 2020


dua hari lagi genap 6 bulan saya berstatus pesara . saya rasa enjoy sangat dengan kehidupan yang hanya memikirkan soal riadah , makan dan tidor.


setiap hari saya akan ber whatapps  dengan dua sahabat saya iaitu Nor Azizi Zubari dan Azizi Musa yang merupakan rakan dari tingkatan satu di Maxwell dan kemudian di High Scgool Setapak.

Selain dari group Sekolah Maxwell , aktiviti bermesej juga rancak bersama Grup High School , Aviation College , Geng Office Tak Rasmi  , Komuniti Kediaman . Masjid dll ..






Monday, 10 April 2017

Tahun 2017 , hari khamis ,
tanggal 6 dibulan April , waktu dan masa tidak mampu memadamkan sebuah kenangan , Paling mungkin , ia hanya bisa mengizinkan aku memahami situasi ini dengan lebih arif . Masa tidak pernah hilang , cuma ia idak bertemu jalan pulang . Adakala tanpa terduga ia pasti mengirimkan pesan . Cerita nya : kenangan, 

Seperti hari hari sebelum ini , selepas aku menangani tugas deskwork sebagai Timbalan Pengarah di Akademi ini , aku berjalan ke bangunan Simulator. Biasanya dikorridor menghala ke dewan simulator itu pasti akan terdengar kebisingan  bercerita , ketawa dan berdebat mirip anak anak kecil  pelajar Tahun 1 .

 Hari ini takala ku tolak buka pintu Simulator 2 itu , yang menyambut ku adalah rang kosong yang sepi  , kerusi yang kaku dan bisu tersusun rapi di workstation , meja yang bersih dan papan kenyataan yang tiada maklumat terbaru. Ya aku nampak mereka ! tapi yang aku nampak adalah dari pandangan yang terakam melalui dua mata ku yang kian lemah ini and riuk pikuk suara mereka adalah dari yang pernah kedengaran  melalui halwa  telinga , kini seolah olah  diulang siaran nya  . Apabila 7hb April berlalu , semua sudah tiada , semua sudah pergi dan pasti disaat bertemu semula, secara natural mereka berubah  menjadi insan insan yang tersendiri & beridentiti , tidak lagi seperti anak kecil yang sentiasa berlari mengejarkata &  tunjuk ajar dari orang tua nya.

Aku bukan novice dalam dunia kejurulatihan atau sebagai pemeriksa. Hentakan minda dan cabaran emosi sebagai pendidik sudah teramat biasa  , bagaimanapun hakikinya aku insan biasa dihujung perjalanan kerjaya, tua  & mudah  terluka  , pernah teraniaya dan bakal meninggalkan ucap selamat  perpisahan bila bila masa.


Suara 7  Aizat , Dauz kecik & Dauz besar , wazein , mijan , akim , izzati , nurul & patt seakan kedengaran & disudut2 tempat febret  di Akademi itu, soelah kamu masih berada dan menunggu panggilan ' whos next? untuk mulakan latihan ..



ku berdoa kehadrat Allah agar tabahkan hati aku meredah situasi kehilangan ini , berikan yang terbaik untuk ku dan mereka semua.Berkati lah keinginan & hasrat hatiku yang terlalu kuat  untuk menyuluh sinar jalan bagi insan lain menyusuri liku hidup dan memulakan langkah pertama dalam kerjaya yang mencabar ini.

Tuesday, 16 June 2015

Sdra. Ishak . Ini idea Abg , usah dibaca direct tapi olah dengan skill public speaking Shak sendiri. Juga jangan diserah pulak nota ini pd Boss.

Tksh.
Nor Azman
____________________________________________________________________

Kertas kerja cadangan Pindaan Waktu Bertugas Secara Giliran yang dikemukakan kepada Pegawai-pegawai dan Pen Pegawai ATCC Subang gagal menjelaskan rasional yang menjurus kepada usaha  meminda waktu bekerja dimana telah laksanakan  selama 40 tahun . Format bertugas sedia ada dianggap hampir sempurna dan ‘strong’ kerana ia telah melalui evolusi penambahbaikan hasil peredaran masa berdasarkan keperluan industry dan pada masa yang sama  ia mengambil kira realiti aktiviti/jadual  penerbangan dinegara ini.

Rasional atau objektif sebenarnya cadangan ini amat kritikal demi kefahaman/penerimaan  pekerja,  tetapi ketiadaan kenyataan atau  rujukan yang meyakinkan , hasrat tersebut  tidak dapat difahami dalam erti sebenar  oleh hampir semua Pegawai dan Penolong Pegawai . Sewaktu pihak kerajaan melaksanakan waktu bertugas anjal , kebaikannya dirasakan serta merta oleh rakyat dan pekerja sebab , rakyat dapat melanggani perkhidmatan agensi kerajaan dalam tempoh masa yang lebih panjang dalam sehari dan pejawat awam pula diberi kemudahan untuk memilih dan menikmati waktu kerja yang sesuai dengan individu tersebut.

Langkah  Pentadbiran KLATCC untuk meminda waktu kerja pekerja syif mencetuskan  soalan samada wujud peningkatan   mutu , menambah kemampuan dan mengangkat tahap perkhidmatan kawalan trafik udara yang diberikan kepada industry pengangkutan udara  negara ? Jawapannya jelas  ‘task force’ tiada jawapan berasaskan fakta sebagai tanda aras  kejayaan atau unjuran  ‘degree of improvement’  dan dukacita   perubahan  ini menghakis sama sekali nilai nilai kekeluargaan antara pekerja dan ahli famili kerana  waktu kerja diubah dan dipanjangkan ke lewat malam.

Pada pandangan saya ,   taskforce hanya menggunakan EXCEL untuk fill in the blanks bagi mencipta susun atur waktu dan giliran bertugas iaitu  11,22,34 dan OO. Jelas , apajuan corak yang diusulkan tetap melanggar perintah Am Bab G , bilamana dimasukkan OffStanby atau dipanggil balik untuk kepejabat untuk Taklimat/Kursus. Format baru ini mirip bertugas waktu pejabat sebab wajib ketempat kerja 5 kali dalam 5 hari dan hari keenam , perjalanan pulang kerumah, malah fasa yang paling sukar adalah syif malam dimana pekerja tidak dapat ‘rehat’ yang secukup nya . Kajian  pihak HR bagi menjelaskan kepada Pentadbiran , risiko kemerosotan tahap ‘vigilant’ PKTU pada jam 3 atau 4 pagi adlah sangat dituntut untuk pertimbangan semula Pentadbir.

Saya merasakan Kerajaan malah rakyat akan terkejut dengan keputusan Pentadbiran ATCC mengurangkan jumlah petugas keparas   50 peratus ketika  syif malam sebab ingin dilihat seperti melakukan penambahbaikan dengan ujudkan  waktu bekerja berlainan ,tetapi  tidak menyumbang apa apa atau mengubah apa jua tanda aras  kepada industry penerbangan .  . Wajib  diingat , KLATCC adalah nadi penerbangan dan lambing integrity aviation negara , pada pendapat saya ,  langkah pengurangan jumlah petugas dan waktu ‘rehat’ sesuatu yang merbahaya dan boleh mendedahkan dan mencetuskan kepincangan@ kelemahan baru operasi KLATCC DCA .

Menurut mantan Pengurus DCA WMKP kini Penyelia Syif B ,semasa beliau bertugas disana sistem syif semasa ini telah diaudit dan disiasat oleh pihak Audit Dalaman MOT atas arahan Dato’ KSU MOT , lanjutan dari surat layang yang dikirimkan kepada MOT .  Malah Jabatan Audit Negara Putrajaya juga pernah berada di DCA Penang bagi menyiasat perkara yang sama. Menurut beliau lagi, tiada teguran dikeluarkan kepada beliau berkenaan ‘non compliant’ dari aspek peraturan. Juga sebagai rekod, pasukan penyiasat MOT telah menemui PW1 dan PP (En.Bala) diakhir 2010 dalam usaha  mencari asal usul serta ‘kepincangan ’ jika ada ,pada  jadual tugas PKTU. Ekoran siastan tersebut,
Jabatan diperingkat Ibupejabat telah mengeluarkan surat yang ditandatangani
Oleh Dato Seri berkenaan waktu bertugas bagi lapangan terbang yang beroperasi 24 jam dan bukan 24jam.

Pada pandangan pekerja , PP perlu menjelaskan beberapa perkara bersama rujukan dokumen yang munasabah.
  i)  Apakah kesan atau impak yang akan diterima oleh stakeholder
   dan pengguna ruang angkasa jika waktu syif baru dilaksanakan ?

  ii)  Penjelasan fatique bertugas 8 jam adalah sama atau kurang dari fatique
   Bertugas 6 jam. Peratus waktu rehat diatas waktu kerja cadangan PP tidak
   menyakinkan memandangkan  waktu rehat yang pendek dan ringkas tidak dapat
   Mengembalikan ‘level of vigilant’ dan ‘readiness’ . Menurut sumber tidak
   Rasmi , diATCC Negara jiran , Syif 8 jam dilaksanakan dengan jumlah  pekerja yang besar    dan  tempoh masa rehat yang disifatkan mewah.
   

   iii) Pengurangan staf sehingga 50 peratus untuk syif    malam, bertentangan   
   dengan 'spirit' Perbekalan Jawatan yang merupakan keputusan Kerajaan dalam
   konteks penyediaan tenaga kerja untuk agensi awam selaras
   dengan peranan dan tanggungjawap. Walaupun wujud perancangan  untuk
   menambah staf , tetapi yang pasti , adalah mustahil  ‘full compliment’  
   seperti syif siang memandangkan   full compliment syif malam seperti syif
   siang membawa maksud setiap syif perlu dianggotai oleh tidak kurang 80
   petugas.


   iv)  Minta jaminan dari PP agar pembayaran elaun rating bulan tidak tergendala
         memandangkan  , Dato Seri Azhar (Pegawai Pengawal) &
         PW1 tidak ada asas/rujukan untuk  membuat pembayaransekiranya waktu syif yang            baru dilaksanakan.Pembayaran  tanpa kelulusan yang jelas seperti rujukan sedia ada,          akan menimbulkan ‘Query” dari pihak AG,dan ini melibatkan jumlah wang yang besar.          Kita                    percaya PP maklum tentang     Audit Kewangan dimana setiap                   pembayaran wajib  disokong oleh dokumen rujukan/kebenaran  rasmi .

        Nota : baru2 ini Vice Chancellor UTM dipanggil dan bersemuka dengan Ketua Audit    egara regarding               pengurusan kewangan , walaupun UTM bersifat otonomi dan dikecualikan dari                   beberapa  aspek   Arahan Perbendaharaan.
  

    






Friday, 12 June 2015

Coretan untuk semua adik ipar dan biras sempena Cuti Sekolah June 2015.

Prolog : Berikutan dengan pemergian bunda mertuaku Pn Hjh Mariam Abd Kadir pd Ogos 2014 , terbit dalam diri seolah olah  rasakan keluarga Aruah  akan kucar kacir dibawah 'pentadbiran' Tn Hj Yusof Hj Ismail. Jangkaan aku bahawa Hj Yusof akan berkahwin lagi , ternyata benar . Beberapa bulan yang lalu adik ipar ku Hj N telah mula menalifon kakaknya iaitu isteri aku menceritakan karaktor  ayahanda  yang kian  outgoing  'berkawan' dengan wanita yang 'sesuai' dengan umurnya. Penolakan  Hj N  berdasarkan  alasan 1.Ayah dah tua dan sepatutnya duduk beribadat sahaja 2. Ayah seperti seorang yang 'gatal' . 3. Pilihan ayah tidak tepat  kepada N  4. Harta yg sepatutnya diwarisi oleh anak2 akan terlepas kepada isteri baru .... 5. N malu kepada masyarakat sekeliling dan perbuatan ayah menjejaskan imej dia sebagai PK sekolah , AJK Masjid dan ahli sebuah parti politik .dsb.

Alkisahnya:

Pelbagai tohmahan yang dilemparkan oleh Hj N kepada ayahnya Hj Yusoff. Anyway kami di KL tidaklah dapat pastikan keadaan sebenarnya yang dihadapi oleh dua pihak ini. Kami dengar cerita je...
Malah Ayah ada sebut tentang 'derhaka' , sesuatu yang diluar jangkaan kami kerana Hj N tu anak emas dia.

Bagaimanapun apabila polimik ini berterusan sehingga adik iparku Rahimah menjadi 'punching bag' N, aku mula berfikir seperti ahli politik veteren. Andaikata banyak sangat kelemahan Ayah yang disampaikan kepada isteriku dan adik iparku Rahimah , apa N tu perfect ke?. Majoriti guru/pendidik  atau staf akademik universiti cthnya   Pensyarah .. minda  mereka sama je .  Apabila para penuntut dibawah kelolaan mereka   akur dan dengar kata2 mereka , mereka ingat insan lain atas planet ini akan beri perhatian kepada mereka. Pooooraaaah , duduk dikalangan budak2 boleh laa. Orang lain bekerja dalam profesyen yang terus terus siang malam berinteraksi dan berdebat dgn insan dewasa/matang  dari pelbagai bangsa maju didunia. Penguasan ilmu aviation , perundangan udara dan teknologi terkini adalah pada tahap yang sama ... cuma pengalaman saja yang boleh menentukan siapa didepan. Aku tidak berurusan dgn budak2 sekolah lah  , GENG! Itu kau kena ingat! Dalam kehidupan seharianku, Aku tidak seperti mereka dipendalaman yg memiliki kereta mewah dan bangalow dihujung desa tapi mengangga meleleh air liur  bila lihat KLCC atau KLIA. Aku bukan nak hina tapi , adik2 aku yg kerja sebagai pendidik ni  ada  yg beraksi semacam ini seolah olah ...mereka spesis geniuz. Lucu btoi!

Pada 4 hbJun 2015 , ayah mertua ku bernikah semula dgn kenalannya yang bernama Pn.Masni , seorang mualaf  yang telah berdekad memeluk ugama Islam. Berdasarkan foto yang dikirikan melalui Whatapps , semuanya hadir kecuali Tn.Hj.N , Pn.Hjh R , Cikgu Rokiah dan suaminya yang rupa paras mirip Dato K iaitu Zamri.

Kini telah 10hari mertuaku tidak menalifon kami berdua di KL . Okay dah tu cuma cerita yang tidak sedap dan bakal mengundang konfrantasi antara aku suami isteri dengan pihak Hj N and wife ialah insiden Hjh R diberitakan  'smash' 3 orang adik iparku iaitu Ila , Ziah dan Imah.

Anak si Hj dan Hjh ni ... rupanya tidak seberapa pun tapi nak hidup macam anak2 golongan elit di KL pernah belajar di MXXM , tapi bertukar sekolah sebelum SPM . Cerita disebaliknya - aku tidak pasti dan aku tidak ambil tahu. Cuma mushkil , why enrolled in a prestigious college and then left to join sekolah biasa. Kalau bodoh sangat pun , tentunya pendidik yg terpilih di MxxM tu dapat bimbing untuk setanding dgn pelajar lain. Tapi apa yg berlaku ?  Jawapannya - ramai bekas pelajar MRSM atau Sekolah Sains berasrama penuh dapat berikan. simple je! Tapi aku tak percaya , anak kepada dua guru grad USM , gred gaji tinggi pulak tu ,  alim serta hebat agama  nya ...  takkan lah . Aku guna perkataan 'bergewe' sb , ianya istilah lembut , memandangkan diusia remaja , kita semua 'bergewe' .

Bagaimanapun , cerita tidak berasas aku ini , sampai ke pengetahuan Cikgu Azam , dia ni pulak 'over' , Dengan niat murni dan kudus demi maruah  idolanya Hj.N, dia maklumkan kepada Hj.N kes 'bergewe' ini.  Naturally , Tn.Hj. akan meletOP! Kabooom.

Anyway , aku belum dengar cerita bagaimana Cikgu Azam pertahankan maruah isterinya ketika di'smash' oleh Hjh tu. Hopefully he got the guts to return the 'smash' sebab biasa main badminton sehingga pecah hanfon yang keluar court sebab terantuk kat dinding....

Epilog :


Kijoe orhe tok semaye .... (perbuatan orang tidak sembahyang) . Statement Azam ini ,  isteriku terdengar ketika bercakap menerusi telefon dgn Cikgu Gee. Lantas isteriku bertanya 'sapo yg tok semaye '.tup tup dia tuduh Azri sedangkan cerita bergewe diatas , aku yang mulakan tapi aku tidak sahkan sebab ianya datang dari mulut budak lelaki berumur 15 tahun ! Sebab itulah kami tak ambil hal , kawan! tapi kamu gabra bila dapat tahu kisah yg tidak pasti ini.

Sekarang , amacam ?  Sebelum Aruah Hjh Mariam meninggal dunia , dia bercerita tentang 3 orang menantunya kepada aku . Yg Bakhil ada seorang dan , Yang Berlakon ada 2 orang. Aku tahu semua cerita , tapi aku diam sebab bukan urusan aku. Berani buat berani tanggung lah.


Itu prinsip aku , you cross sempadan aku . aku cross sempadan you ! Cuma isteri aku iaitu anak sulong Hj Yusof ni yg tidak ada status sosial dan ekonomi dan hanya berperanan menjaga keluarga serta cucu , amat terhiris, ,malah terlalu luka  dengan this whole affair....especially statement yang dia dengar dibelakang semasa bercakap dgn Cikgu Gee menerusi telefon.

Meantime . eloklah semua tidak bertemu sebab ... luka ini parah. Seperti yg Azri kata ' lepas ni , nak walk alone lah...






For the period of several months after the dissappearance of MH370 , I had to be absent from jotting down events as my mind was perhaps not at its normal 'settings' . Along the way there was a series of investigation panels which I had to face to answer queries that only can be enlighten by Vietnam ATCC or the Airforce. The pressure was on me ,as I had to study documents such as ICAO annexe regarding Accident & Incident , Search & Rescue .. a subject so alien to me and the manuals. Anyway , til I die , from what I saw on the multi channel recorder ,I always believed that the Sector 3 Radar Controller had completed his task providing a full standard air traffic service from the moment MH370 was handed to him till he transfered MH370 to Ho Chi Minh at the agreed point IGARI. The last words transmitted by  the Captain " goodnight Malaysian 370" and the blip crosses IGARI is an ultimate evidence that the service rendered by my team  is perfect and uncompromised!  . The ball is at Vietnam's foot , whether a U turn or not.


Feeling down and felt that I may never recover from this tragic and darkest mark in my career .  Thanks to my eldest sister who is a JUSA level goverment servant who continously and endeavoured words of encouragement til now. I almost wrote in applying for an early retirement citing my spine problem as the main excuse @reason to withdraw fm the civil service.



Today 15 months had passed , MH370 is no longer the talk in town. Questions such as 'where is MH370?' will be answeres " yeah , it in the news!' . The masses are expressing their  frustration   as the goverment enforced GST few months ago which increases domestic expenditure affecting almost all items consumed by the rakyat when at the same time , the purchasing power steadily declines , influenced by the  normal inflation rate . Lately the rakyat is looking forward to watch the present head of goverment to have an open debate or a hard talk ,so they call it  with the former PM .  In this manner , with the precise facts and reasoning , may erase doubt and, reduce the level of rejection by the people despite emerging difficulties in sustaining a previously satisfactory quality of life.

My last words on MAS370 investigation is : The report challenged my professionalism , diligence and skill in leading the ATC service on that fateful morning. I did everything i could to inform n warn the airline and my staff took all initiative to notify Vietnam as we believed that the plane is continuing its journey. The investigation and report prepared by ex DCA staff who never in their career perform radar controlling is totally off course , fault finding in nature , unfair and totally failed to accurately portrayed my action and the controllers effort to manage the unprecedented dissappearance. END!


Thursday, 4 September 2014

2nd of February 1980 . The time was 7.30am when I said  'hi' to this guy who look lost walking along the dark unlighted corridor  at the ground floor of WISMA MPI at Jalan Raja Chulan, KL. That simple 'hi' was a threshold to a very strong friendship I could ever found on earth and maybe during my life time. He turn out to be having the fate with me i.e. reporting duty as a Probational Air Traffic Controller at DCA HQ with was located within the building.

Probably our upbringing was same , basically from a poor family and holding to some simple principle in life that is transparent , obedient and honest , we join this challenging ,sophisticated & arrogant industry where   worship things that fly.....

After the basic training , we went separate ways but later was posted to Malacca Airport Control Tower. His presence at that material time was monumental. Many things happened .. upsets , life dissappointments and broken hearted. We had basically the same problems and  face this test helping each other in terms of moral and financial support.

In Malacca,we witnessed a triangular love affair among 2 controllers and a lady clerk who are our own friends.  It was a terrible phase as, we had our own personal problems and life to attend  , and that triangular love affair created distrust and divided the staff , which in turn  effected both of us professionally.

We had to go thru this episod for more than a year til the lady decided to choose on of the proposers. Meanwhile , we learn among other things that , material wealth is a deciding factor which might blur one faith and one's faith to the almighty will decide everything.

The lady marrried to the one who had the outmost faith to the Creator , who use to prays in the early mornings summoning Allah so that  his doa be materialised with a happy ending.

Sunday, 17 August 2014

Airmata Syawal 2014 : Mulanya besanku yang juga merupakan sahabat karib sejak dari muda dulu telah pulang keRahmatullah  dua hari sebelum Hari Raya Aidil Fitri dan selang duabelas hari selepas itu , ibu mertuaku Hjh Mariam Abd Kadir turut dijemput 'pulang' setelah mengalami serangan angin ahmar yang kuat. Pada 19 Syawal bersamaan 16 hb Ogos 2014 , perasaan orang tua ini makin terguris dengan tindak tanduk adik2 ipar . Hakikatnya memang pada asalnya pun, bukan orang tua ini yang diminta  mengetuai atau menjadi jurucakap rombongan kerana tidak tidak dilantik dan empunya diri  yg hendak bertunang   pun tidak berkomunikasi dengan saya .Kebetulan semua adik2 maklum dengan keadaan kesihatan  saya yg tidak berapa normal. Pada tanggapan saya kemungkinan besar Shahbani suami Illa atau Azam iaitu suami Cikgu Roziah yang dibayangkan sebagai penganti jurucakap andaikata Hj Nasir iaitu kakanda lelaki sulong keluarga Hj Yusof Mail tidak dapat hadir. 








Pada tarikh yg ditetapkan  Hj Nasir tidak dapat datang , dan  salah seorang dari nama yang disebutkan diatas menjadi jurucakap secara bidan terjun. Tapi apakan daya , kail panjang sejengkal . Kegagalan menyuarakan  butir2 pertunangan dan   perkahwinan yang menjadi asas penting untuk dibawa ke perbincangan dengan pihak perempuan , telah menjejaskan kelicinan dan kecantikan adat budaya Melayu Islam khususnya ketika  merisik dan meminang. Oleh kerana butir butir yang penting tiada dapat diajukan , maka waris pihak perempuan telah meminta bakal tunang agar naik dan masuk  menghadirkan diri bagi menyatakan sendiri butir2 seperti -penyelesaian   andaikata pertunangan ini tersebut putus ditengah jalan , penetapan tarikh perkahwinan dan bila  sebahagian dari wang hantaran dapat diserahkan kepihak perempuan untuk digunakan bagi menyediakan majlis.





Selama aku hidup , inilah kali pertama aku dengar seorang bakal tunang (sebab belum bertunang) dipanggil masuk kedalam majlis merisik dan bertunang untuk mengambil alih peranan jurucakap rombongan pihak lelaki - iaitu jawatankuasa  yang dipilihnya sendiri .  




Sambung cerita .... Anyway ketika aku berjalan ketempat meletak kereta untuk mengambil kamera yang tertinggal akibat kekelam-kabutan ketua rombongan yang tidak pasti akan alamat rumah pihak perempuan .Ahli rombongan kami  yang terdiri dari semua adik ipar aku dan anak anak saudara, telah meninggalkan lokasi asal kami mula berhimpun.Setelah mendapatkan kamera, aku kembali ketempat itu terkejut dan melihat tidak ada siapa disitu.Oleh kerana tak mampu nak mencari mereka, aku  terduduk keseorangan, diatas sebuah kerusi plastik memegang kamera aku ..... 'kemana mereka ..?'




Aku tidak menalifon kerana bimbang rombongan tersebut telah memasuki rumah pihak perempuan dan sedang berbincang ,dan panggilan telefon aku  mungkin menganggu konsentrasi perwakilan. Pada masa yang sama Aku juga merasakan sepatutnya mereka tunggu aku sekejap , sekejap saja supaya orang tua  ini dapat bersama2 berjalan dengan mereka ketempat yang dituju.Mungkin mereka dah lupa yang aku dah hilang 20% kekuatan/keupayaan kakiku utk berjalan  akibat kerosakan saraf setelah menjalani pembedahan tulang belakang.




Telah sekian lama aku dan isteri aku merasakan seolah olah 'useless'  sebab mereka dah matang dan mencapai status sosial dan kewangan yang tinggi.Pernah seorang dari mereka sebut yang Gred A48 DCA ,sekiranya dibandingkan dengan  sektor perguruan adalah gred biasa saja .Memang pun , aku mmg pekerja gomen biasa yg drive kereta Proton ja. Sementara kepakaran isteri aku hanya pandai mendidik anaknya dan kini sedang mengasuh cucu kami agar jadi manusia yg berakhlak baik. Bacaan Al Fatihah dan Ayat Kursi aku dan aruah Abah aku  yang jahil agama ini tidak lagi diingati sebab dah kenal dan ada strong connection dengan Pengamal Perubatan Islam yg bagus. Sememangnya aku  tidak pernah habis belajar Muqaddam dan Quran malah tidak pernah menjejakkan kaki ke Tanah Suci....takkan dapat bacakan  air tawar yg mujarab.




Tak Mengapalah....Ini catatan ringkas Syawal ku. Syukur , isteri aku , anak2 aku Nor Azrul dan Nor Husna serta cucu masih terus dilimpahkan nikmat besar yang diturunkan Allah.Kepada yang merasakan diri mereka hebat , aku rasa memang mereka hebat, no problem.Aku mmg begini dah , menunggu tarikh pesaraan




Sementara itu - Ya Allah, aku  terluka dgn peristiwa semalam,  tenangkanlah hati ini.Amin.