Sdra. Ishak . Ini idea Abg
, usah dibaca direct tapi olah dengan skill public speaking Shak sendiri. Juga jangan diserah
pulak nota ini pd Boss.
Tksh.
Nor Azman
____________________________________________________________________
Kertas kerja cadangan
Pindaan Waktu Bertugas Secara Giliran yang dikemukakan kepada Pegawai-pegawai
dan Pen Pegawai ATCC Subang gagal menjelaskan rasional yang menjurus kepada
usaha meminda waktu bekerja dimana telah
laksanakan selama 40 tahun . Format
bertugas sedia ada dianggap hampir sempurna dan ‘strong’ kerana ia telah
melalui evolusi penambahbaikan hasil peredaran masa berdasarkan keperluan
industry dan pada masa yang sama ia
mengambil kira realiti aktiviti/jadual
penerbangan dinegara ini.
Rasional atau objektif
sebenarnya cadangan ini amat kritikal demi kefahaman/penerimaan pekerja,
tetapi ketiadaan kenyataan atau rujukan yang meyakinkan , hasrat tersebut tidak dapat difahami dalam erti sebenar oleh hampir semua Pegawai dan Penolong Pegawai
. Sewaktu pihak kerajaan melaksanakan waktu bertugas anjal , kebaikannya
dirasakan serta merta oleh rakyat dan pekerja sebab , rakyat dapat melanggani
perkhidmatan agensi kerajaan dalam tempoh masa yang lebih panjang dalam sehari
dan pejawat awam pula diberi kemudahan untuk memilih dan menikmati waktu kerja
yang sesuai dengan individu tersebut.
Langkah Pentadbiran KLATCC untuk meminda waktu kerja
pekerja syif mencetuskan soalan samada
wujud peningkatan mutu , menambah kemampuan
dan mengangkat tahap perkhidmatan kawalan trafik udara yang diberikan kepada
industry pengangkutan udara negara ? Jawapannya
jelas ‘task force’ tiada jawapan
berasaskan fakta sebagai tanda aras kejayaan atau unjuran ‘degree of improvement’ dan dukacita perubahan ini menghakis sama sekali nilai nilai kekeluargaan
antara pekerja dan ahli famili kerana waktu kerja diubah dan dipanjangkan ke lewat
malam.
Pada pandangan saya , taskforce hanya menggunakan EXCEL untuk fill
in the blanks bagi mencipta susun atur waktu dan giliran bertugas iaitu 11,22,34 dan OO. Jelas , apajuan corak yang
diusulkan tetap melanggar perintah Am Bab G , bilamana dimasukkan OffStanby
atau dipanggil balik untuk kepejabat untuk Taklimat/Kursus. Format baru ini
mirip bertugas waktu pejabat sebab wajib ketempat kerja 5 kali dalam 5 hari dan
hari keenam , perjalanan pulang kerumah, malah fasa yang paling sukar adalah
syif malam dimana pekerja tidak dapat ‘rehat’ yang secukup nya . Kajian pihak HR bagi menjelaskan kepada Pentadbiran ,
risiko kemerosotan tahap ‘vigilant’ PKTU pada jam 3 atau 4 pagi adlah sangat
dituntut untuk pertimbangan semula Pentadbir.
Saya merasakan Kerajaan
malah rakyat akan terkejut dengan keputusan Pentadbiran ATCC mengurangkan
jumlah petugas keparas 50 peratus
ketika syif malam sebab ingin dilihat
seperti melakukan penambahbaikan dengan ujudkan
waktu bekerja berlainan ,tetapi tidak menyumbang apa apa atau mengubah apa jua
tanda aras kepada industry penerbangan .
. Wajib diingat , KLATCC adalah nadi penerbangan dan
lambing integrity aviation negara , pada pendapat saya , langkah pengurangan jumlah petugas dan waktu
‘rehat’ sesuatu yang merbahaya dan boleh mendedahkan dan mencetuskan
kepincangan@ kelemahan baru operasi KLATCC DCA .
Menurut mantan Pengurus DCA WMKP kini
Penyelia Syif B ,semasa beliau bertugas disana sistem syif semasa ini telah
diaudit dan disiasat oleh pihak Audit Dalaman MOT atas arahan Dato’ KSU MOT ,
lanjutan dari surat layang yang dikirimkan kepada MOT . Malah Jabatan Audit Negara Putrajaya juga
pernah berada di DCA Penang bagi menyiasat perkara yang sama. Menurut beliau lagi,
tiada teguran dikeluarkan kepada beliau berkenaan ‘non compliant’ dari aspek peraturan.
Juga sebagai rekod, pasukan penyiasat MOT telah menemui PW1 dan PP (En.Bala)
diakhir 2010 dalam usaha mencari asal
usul serta ‘kepincangan ’ jika ada ,pada jadual tugas PKTU. Ekoran siastan tersebut,
Jabatan diperingkat Ibupejabat telah
mengeluarkan surat yang ditandatangani
Oleh Dato Seri berkenaan waktu bertugas bagi
lapangan terbang yang beroperasi 24 jam dan bukan 24jam.
Pada pandangan pekerja , PP
perlu menjelaskan beberapa perkara bersama rujukan dokumen yang munasabah.
i) Apakah
kesan atau impak yang akan diterima oleh stakeholder
dan pengguna ruang angkasa jika waktu syif
baru dilaksanakan ?
ii) Penjelasan fatique bertugas 8
jam adalah sama atau kurang dari fatique
Bertugas 6 jam. Peratus waktu rehat diatas waktu kerja cadangan PP tidak
menyakinkan memandangkan waktu rehat yang pendek dan ringkas tidak dapat
Mengembalikan ‘level of vigilant’ dan ‘readiness’ . Menurut sumber tidak
Rasmi , diATCC Negara jiran , Syif 8 jam dilaksanakan dengan jumlah pekerja yang besar dan tempoh masa rehat yang disifatkan
mewah.
iii) Pengurangan staf sehingga 50 peratus
untuk syif malam, bertentangan
dengan 'spirit' Perbekalan Jawatan yang merupakan keputusan Kerajaan dalam
konteks penyediaan tenaga kerja untuk agensi awam selaras
dengan peranan dan tanggungjawap. Walaupun wujud perancangan untuk
menambah staf , tetapi yang pasti , adalah mustahil ‘full compliment’
seperti syif siang memandangkan full compliment syif malam seperti
syif
siang membawa maksud setiap syif perlu dianggotai oleh tidak kurang 80
petugas.
iv) Minta jaminan dari PP agar pembayaran elaun rating bulan tidak tergendala
memandangkan , Dato Seri Azhar (Pegawai Pengawal) &
PW1 tidak ada asas/rujukan untuk
membuat pembayaransekiranya waktu syif yang baru dilaksanakan.Pembayaran tanpa
kelulusan yang jelas seperti rujukan sedia ada, akan menimbulkan ‘Query” dari pihak AG,dan ini melibatkan jumlah
wang yang besar. Kita percaya PP maklum tentang Audit Kewangan dimana setiap pembayaran
wajib disokong oleh dokumen rujukan/kebenaran rasmi .
Nota : baru2 ini Vice Chancellor UTM
dipanggil dan bersemuka dengan Ketua Audit egara regarding pengurusan kewangan , walaupun UTM
bersifat otonomi dan dikecualikan dari beberapa aspek Arahan Perbendaharaan.
