minang fireblade

minang fireblade
happy

Sunday, 2 October 2011

Ketentuan Allah





Aku direhatkan dari bertugas di Menara KAwalan Trafik Udara KLIA .Justru itu aku pun melupakan segalanya berkaitan industri penerbangan.Pesawat yang berterbangan melintasi angkasaraya dekat rumah aku pun aku doh tok pduli.Noktah yang besar terhadap isu Future Navigations or latest development in Air Traffic Control technology or procedures. Noktah fasal prosedur kewangan yang wajib aku patuhi dulu, aku dah malas dan akan malas nok ambik tahu urusan tersebut   untuk lebih 6 bulan berdasarkan jangkaan doktor pakar tulang belakang selepas menjalani pembedahan akibat kecederaan spine.  justru itu, bagi mengelakkan kebosanan  kerana terpenjara dirumah sementara menantikan takdir  aku , aku giatkan  semula  aktiviti yang telah aku  tinggalkan selama 31 tahun iaitu membaca novel, menganalisa sajak, mengarang dan menulis. Minatku tidak semula jadi, tetapi ketika melapur diri di High School Setapak  untuk menyertai Pra-U Tingkatan 6, aku bersama beberapa rakan dari SM Maxwell Kuala Lumpur ditukarkan ke aliran sastera  kerana gred  sabjek sains diperingkat MCE  tidak memenuhi syarat untuk kekal dialiran Sain Pra-U. Maka bermulalah, pengembaraan dan perjuangan kami untuk menguasai Bahasa Malaysia dan seterusnya, mengarang kertas kerja tugasan akademik  yang kami anggap amat mencabar kerana dikehendaki menghasilkan presentasi yang panjang dan lebar,  mengandungi  nilai intelektual dan berkualiti tinggi serta disulami stail dan seni  bahasa yang setanding dengan publikasi ilmiah ketika itu seperti majalah Diskusi, Dewan Masyarakat dll agar ia mampu mencapai standard dan sasaran pendidikan tingkatan 6.






Diantara tahun 1978 dan 79, di celah kesibukan  aktiviti pembelajaran dan persekolahan , aku berkenalan dengan ZB, rakan sekelas aku kerana keperluan interaksi antara pelajar dan asakan tugasan yang kuat. Rakan ku ini memiliki bakat menulis sajak dan mengarang dan petah berdebat ketika membentangkan kertas kerja yang beliau kemukakan.Dia telah mengajarku tentang sajak hingga aku boleh melahirkan sajak yang ada 'feel'.Teknik ZB aku jadikan panduan bagi mencipta lirik tiga buah lagu (melodi) ciptaan seorang rakan  bernama Richard Ng (Petugas Lufthana Airlines Subang/KLIA) dimana sebuah lagu bertajuk 'Lumrah Percintaan' telah dipilih untuk dipertandingkan di World Golden Kite Song Contest 1989 peringkat Malaysia anjuran TV3 dan, MAS (kalau tidak silap).



Walaupun lagu karya  kami tidak menang, tapi aku bangga lagu itu dipilih untuk  siaran live  oleh Penilai Profesyenal seperti Wah Idris dan Fredie Fernandez.Menduduki posisi nombor 6 dari 12 lagu yang dipertandingkan adalah pencapaian paling dahsyat bagiku secara peribadi.Bayangkan lirik lagu yang aku tulis diatas meja makan usang peninggalan kakak ku yang telah menjelma  menjadi sebuah lagu indah lalu  dinyanyikan untuk  siaran di kaca TV.Bagaimanapun, proses men cipta lirik untuk satu lagu  mengambil masa hampir 2 minggu.Konsentrasi ku telah membuat aku sering  kembong perut dan keletihan kerana tugasan ini tidak sama dengan menulis sajak.Dengan bantuan sebuah  gitar jenama Kapok  lama, aku cuba pelbagai jenis frasa dan istilah yang sesuai dengan kod major atau minor agar ia memberi kesan dalam bentuk mood kepada pendengar.Oleh kerana terlalu asyik dengan mengarang isteri ku menegur ku dengan bertanyakan "siapa yang hendak beli lagu Abang tu? Aku tidak menjawap kerana aku memang tahu tentang aktiviti plagiat / ciplak hasil karya yang berjaya. Walaupun tiada siapa akan membeli karya itu tapi aku teruskan juga sebab minat ku pada musik dan demi rakanku yang telah banyak melaburkan wang membeli peralatan untuk menyusun& merakam musik . Menulis lirik atau sajak , pada pandangan ku adalah satu wadah bagi menenangkan fikiran dan menguatkan vocabulary seseorang, tajam dengan teknik bahasa dan penyampaian  malah akan membantu ketika bertutur kerana sudah terlalu biasa dengan latihan menyusun perkataan hingga menjadi ayat. 












 Sebelum  siaran langsung pertandingan akhir selama 3 hari kami berhimpun di Auditorium MBSA  untuk rehearsal, aku sempat bertemu  dengan warga seni ketika itu seperti Aishah, Shima, Roy, Fauziah Latiff, Kopratasa serta beberapa orang pencipta lagu dan penulis lirik seperti arwah Seri Bayu dan Mukhlis S. Bagaimanapun kerjaya sambilan sebagai penulis lirik bidan terjun  tidak panjang kerana kesukaran memasarkan lagu yang telah siap kepada syarikat rakaman.Yang menyedihkan, lagu 'Lumrah Percintaan' pernah ditawarkan dengan harga rm50/- oleh seorang Produser.Kami tidak jual 3 lagu yang telah siap kepada sesiapa dan akhirnya karya serta format rakaman tersebut telah luput dan usang dari aspek teknologi rakaman dan trend music semasa.Aku amat menghargai sumbangan   seorang penyanyi pub  bernama Tanaziah, kerana menyanyikan lagu kami secara percuma sewaktu rakaman studio bagi menyiapkan demo tape dan kemudian dipentas untuk siaran langsung.Walaupun taraf Tanaziah seorang penyanyi pub, dia bertanding dengan ramai penyanyi top negara ketika itu."Determination' dia, aku respect khususnya ketika first day rehearsal dimana dia terpaksa nyanyi 3 kali kerana key suaranya  yang lari sedikit.Masalah ini timbul kerana latihan yang kami lakukan hanyalah didalam bilik kecil   kalis bunyi disebuah jamming studio.Dan, apabila musik minus one digemakan didalam auditorium besar ,it sounds different dan perlu di equalize semula, maka tergamamlah Cik Tanaziah ku ini, untuk mencari nada yang tepat.Bagaimanapun pada malam finale dia berjaya menyanyikan karya kami  dengan sangat baik. Sukar untuk melupakan suara Tanaziah kerana  suara dia yang  mirip suara penyanyi Indonesia iaitu Emilia Contessa.Melodi dan mood susunan musik oleh Richard Ng dan bait bait lirik yang aku hasilkan bertepatan untuk suara Tanaziah.Walaupun kami lost contact dengan dia, tapi aku masih  ingat pesanannya padaku andaikata mencipta lirik lagu lagi,  elak  guna perkataan yang huruf terakhir   huruf 'u' yang memerlukan nyanyian pada harkat yang panjang.....sebab air liur akan berkumpul didalam mulut! katanya....ha..ha..







Kembali kepada insan bernama ZB, selain dari pergaulan harian disekolah, kami sering buat group discussion di perpustakaan di bandar dan disusuli dengan outing. Oleh yang demikian, hampir setiap hari kami bertemu kecuali cuti penggal.Ketika cuti juga kami sering berutus surat kerana zaman tu taada handfon atau FB .Aku pula selalu meminjam majalah dan buku ilmiah dari dia bagi menyiapkan kertas kerja aku kerana  tak mampu untuk membeli atau melanggan  bahan itu sedangkan ianya rujukan penting untuk lulus peperiksaan HSC.Hubungan ZB dan aku  tidak dapat diklasifikasi kerana aku pun tak pasti, lagipun ZB telah ada teman lelaki yang bernama Suhaime yang aku kenal wajah nya saja.Bila aku teringat lagu Siti Nurhaliza 'Jerat Percintaan', aku senyum sendiri..... Persahabatan dengan dia tidak melibatkan elemen romantik dan sebagainya, cuma dia pernah berpesan, kalau terdengar lagu 'Menyesal Tak Berguna' nyanyian Jay Jay , supaya ingat pada dia. Ha..ha..aku pun tidak tahu apa hubungkait lagu itu dengan hidup dia.Bagaimanapun aku jarang sekali buka radio bahasa melayu kerana banyak rancangan bercakap antara DJ dan tetamu atau pemangil.Sepatutnya Penerbit Rancangan menyedarkan Boss mereka dewasa ini publik tidak tunggu maklumat diradio malah mencari atas inisiatif sendiri dengan menggunakan pelbagai media.Seharusnya satu kajian dijalan sebab rakyat negara makmur ini rata rata mengunakan alat komunikasi berciri tinggi seperti IPad dan Smartfon dsb.



Pernah juga aku terdengar lagu itu dinyanyikan oleh penyanyi yang lebih tua pada Jay Jay disiaran Radio Klasik. Jelas sekali  lirik lagu tersebut mempunyai maksud yang dalam dan kiasan yang menyentuh hati. Hanya insan yang berjiwa sentimental dapat mengambarkan situasi cerita yang tersirat.Aku 'assume' dia ada problem dengan boyfriend dia, dan aku...


















Aku pula karektor agresif , menumpang secara haram diasrama sekolah aku macam koboi ,  sibuk dengan bolasepak hinggakan dalam sehari ada dua game iaitu disebelah pagi dan game kedua disebelah petang.Yang seronok tu, rakan sepasukan adalah teammates yang sama disekolah sebelum dan kami serasi sejak kecil.Urusan  hidup, belajar , beribadat, menonton wayang, meniru masa peperiksaan, semuanya kami lakukan dengan enjoy dan syok sangat.Hingga pada saat ini ketika meniti umur 50an kami bekas pelajar lelaki dari kelas yang sama masih lagi berhubung melalui fon, sms, facebook malah bertemu dan bersilaturrahim bersama keluarga masing-masing.












Bagaimanapun selepas 1979, aku tidak lagi bertemu dengan ZB, mungkin itulah sebabnya aku tidak involve dengan 'sastera' lagi. Surat terakhir yang aku terima dari ZB ialah Kad Jemputan Kahwin, bagaimanapun aku terlepas pandang jemputan itu dan gagal hadir dimajlis tersebut. Aku doakan kehidupan beliau dirahmati Allah kerana menerangkan jalan hingga aku lulus peperiksaan HSC dan berjaya menanam minat penulisan kedalam diriku. Berbekalkan sijil itu aku menyertai Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA) sebagai Pengawal Lalulintas Udara dan aku bersyukur rezeki aku bersama majikan ini dianggap mewah kerana kemajuan kerjaya berasaskan kepakaran yang dikuasai , bukan sijil akademik. Sebagai PKTU aku memiliki semua rating (kepakaran) dalam kerjaya Air Traffic Control iaitu Approach Radar Rating, Flow Control  Rating,Area Radar Rating ,Area Procedural Rating, Aerodrome Control Rating,FIS Competent.Setiap satu 'Kepakaran' ini dibayar dengan elaun yang bernilai dari RMxxxx sehingga RM xxxx selain dari elaun insentif berdasarkan gred serta elaun BIPK.Aku bersyukur kehadrat Allah swt kerana cepat menguasai kaedah dalam pekerjaan aku dan juga minatku kebidang penulisan telah banyak membantu aku melaksanakan tugas hakiki ku dan tugas pentadbiran.





Secara peribadi aku seorang yang cerewet dan  kuat memilih rakan kerana aku bosan  berdepan dengan golongan yang merasakan mereka manusia paling cerdik diplanet ini. Kemungkinan sifat ini berpunca kerana aku anak tunggal  lelaki dan bongsu didalam keluarga ku.Aku dah biasa dengan keadaan dimana hak aku untuk bercakap dinafikan dan pendapat aku ditembak seperti seekor burung terbang, mati terhampas dan berkecai kebumi akibat peluru penabur dari sepucuk senapang patah.









 Bagaimanapun dalam otak dan pemikiran ku, seolah olahu wujud  baris baris seperti sebuah buku latihan, beserta ayat yang bakal aku tuturkan,telah disusun dengan rapi, teratur serta dilengkapi istilah bertaraf tinggi.Bagaimanapun, saat aku mula membuka mulut untuk berkata kata, semuanya lebur.Entah apa yang aku cakapkan aku sendiri pun tidak faham dan semestinya insan yang sedang mendengar ucapan aku pening & mengerut dahi, dalam ikhtiar mereka untuk memahami  apa yang ingin  aku sampaikan. Akan tetapi aku tetap seperti iya iya saja kerana aku rasa Allah anugerahkan aku dengan kelebihan  'muka sardin' dan pandai 'buat dek'. Kelebihan inilah  aku jadikan bekal dan modal belayar dialam pekerjaan dan ketika aku mencari rezeki demi menyara keluargaku.Taktik dan strategi ini adalah pegangan ku  selain dari prinsip prinsip yang disarankan oleh Panglima Sun Tzu didalam kitabnya 'Art of War' .







Sejak dulu aku   mengikuti beberapa personaliti yang merupakan pemimpin negara yang bijak, tepat dan jelas dalam pertuturan mereka.Aku terlalu ingin jadi seperti mereka yang memiliki bakat dan kemahiran komunikasi yang berwibawa. Kebolehan mereka  mengupas subjek dan mengalirkan ayat ayat seperti air sungai,...tidak ada pada ku. Aku pernah terkucil  ketika membuat pengucapan awam semasa PTK kerana hanya ingat dua point dari 10 point yang aku sediakan. Cuma aku berpegang kepada pesanan emak mertua ku yang bekerja sebagai penoreh getah di kampung iaitu " kalau nak panjangkan ceramah, anggaplah seperti menoreh getah, toreh disekeliling batang pokok yang sama tetapi mendatangkan hasil" .Jika aku terjemah  pada bahasa  bandar, mungkin dia bermaksud andaikata terlupa the next point, maka berlegar legarlah seperti burung helang diatas bangkai (point) yang sama sehingga  loceng dibunyikan tanda masa telah tamat untuk pengucapan awam.






                                                  



 Semasa peperiksaan PTK pada  2008 di UNITEN Bangi, aku telah mempraktikan taktik anjuran  mertuaku itu.Jelas diingatan ku, betapa berkerutnya 3 Pemeriksa yang merupakan Panel Peperiksaan ketika cuba mencari pati ucapan aku. Peristiwa itu adalah episod yang paling tidak selesa dalam hidupku  sebab Boss aku adalah salah seorang dari mereka. Aku dapat rasakan betapa boring dan malu Boss aku didepan pemeriksa luar, malah berdasarkan reaksinya melontarkan soalan 'killer' kepada aku iaitu: 'apakah DCA Penang ada isu dalam melupuskan item aset atau inventori kerana tiada respon apabila program tersebut dilaksanakan diperingkat kebangsaan? Sebagai pengikut perkembangan pentadbiran dan politik negara, aku hafal semua dialog pemimpin yang aku dengar di Berita TV yang digunakan untuk melengahkan atau 'defer' sesuatu isu dengan menjawap, ' cawangan DCA Penang tidak mempunyai staf terlatih dalam bidang pelupusan sewaktu saya ambil alih pengurusan unit tersebut, bagaimanapun sebagai langkah berterusan kearah 'multi skilled staff', seorang Penolong Pegawai gred A29 bakal menghadiri kursus yang relevan pada akhir bulan ini (tersebut) bagi membantu cawangan dalam menangani isu ini'.ha..ha...ayat power tu, aku ciplak dari kenyataan pembesar dan itulah  kalau kita minat  menonton berita.Kadang kadang aku temankan isteriku menonton drama TV seperti 'Stanza Cinta', tetapi jalan ceritanya atau rupa pelakunnya telah tidak memberi kesan pada jiwa malah  rasanya sudah tak sesuai dengan umurku yang nyata  tergulung dalam kategori  awal tua ,dari sudut dan  perspektif saikologi, namun begitu lagu tema nyanyian Aliah, sedap didengar.





Hanya berbekalkan semangat & keinginan,  akan  aku biarkan saja   gayabahasa  kuno dan nahu ku  yang bercelaru itu, aku tetap berpegang akan  merakamkan rentetan peristiwa dan  pengalaman dizaman 1960an hingga sekarang. Walaupun struktur ayat dan ejaan salah, yang penting kita dapat berkongsi kenangan.Harapan aku, alkisahku dengan  lanskap retro itu akan mengingatkan semula kepada kenangan masing yang mungkin ada persamaan dan mencetuskan nostalgia dikalangan kawan2 yang sebaya dengan aku.We shall grow old gracefully & while taking care of our healthy mind  and walk into the final sleep peacefully .insyaallah



















No comments:

Post a Comment