Pada tarikh 25hb May 2014 maka genaplah usia perkahwinanku 30 tahun . It was a simple a happy journey thru the period of time . Bermula dengan gaji yang kecil sebagai penjawat kerajaan diawal tahun 1980an , kemudian melangkah maju tangga kerjaya serta mempunyai anak yang telah dewasa & mempunyai keluarga nya sendiri Anjakan ini merubah hidup aku dan isteri ku menjadikan kami seperti couple semula - tapi dalam versi tua.
Biasanya diwaktu petang , aku dan isteri akan mendengar siaran radio Klasik FM , rancangan Aku , Dia dan Lagu . Dua hari berturut - turut , ada segmen cerita kenangan yang melibatkan percintaan antara guru2 di Maktab Perguruan . I guess , the writer is almost at the same age with me becoz the way of life described was the same path I experinced during the early eighties.
Mungkin , Radio Klasik banyak menonjolkan nukilan dari profesyen guru kerana Hari Guru jatuh pada 16hb setiap bulan Mei.
Antara cerita yg disiarkan ialah percintaan jarak jauh antara sepasang guru yang baru mendapat posting , seorang mengajar di Selangor dan seorang lagi di Johor . Oleh kerana komunikasi diawal 80an dulu tidak secanggih smartfon , Skype dll seperti hari ini, maka akhirnya cinta mereka terlerai jua kesan dari jarak dan ketiadaan peluang untuk kerap bertemu . Guru Wanita yg berada di Selangor itu berubah hati lalu memilih seorang guru lain yang mengajar ditempat yang sama sebagai teman hidup nya ...
Jalan cerita nukilan individu tersebut , seolah ;familiar' dengan seseorang yang aku pernah kenal. Aku tidak jadi ke Maktab Perguruan Sultan Abd.Halim Sg Petani Kedah , walaupun ditawarkan Kursus Guru Bahasa Inggeris kerana bimbangkan pada 'trend' dizaman itu iaitu guru2 muda akan dihantarkan ke pendalaman Sabah atau Serawak sebagai lokasi perkhidmatan pertama . Aku memang tidak boleh hidup begitu dan, pada fikiran aku , kerja di Airport akan menjamin kehidupan aku hampir dengan bandar.
Keputusan aku untuk kekal dengan jawatan Air Traffic Controller dan megnhadiri latihan di Kolej Penerbangan Awam Subang , sedangkan dia mengikuti Kursus Pendidikan Awal Kanak2 di Maktab Perguruan Lembah Pantai adalah titik mula bersimpangnya cita2 dan janji awal semasa bersama ditingkatn 6 disekolah dulu.
Sebagi insan dewasa , aku pasti dia terdedah pada pergaulan dan aku juga turut expose dalam komuniti kami masing dan perkara ini akan menguatkan lagi arus ombak dan ribut kencang yang sudah tentu menggoncangkan cita dan cinta untuk bersama .


