Airmata Syawal 2014 : Mulanya besanku yang juga merupakan sahabat karib sejak dari muda dulu telah pulang keRahmatullah dua hari sebelum Hari Raya Aidil Fitri dan selang duabelas hari selepas itu , ibu mertuaku Hjh Mariam Abd Kadir turut dijemput 'pulang' setelah mengalami serangan angin ahmar yang kuat. Pada 19 Syawal bersamaan 16 hb Ogos 2014 , perasaan orang tua ini makin terguris dengan tindak tanduk adik2 ipar . Hakikatnya memang pada asalnya pun, bukan orang tua ini yang diminta mengetuai atau menjadi jurucakap rombongan kerana tidak tidak dilantik dan empunya diri yg hendak bertunang pun tidak berkomunikasi dengan saya .Kebetulan semua adik2 maklum dengan keadaan kesihatan saya yg tidak berapa normal. Pada tanggapan saya kemungkinan besar Shahbani suami Illa atau Azam iaitu suami Cikgu Roziah yang dibayangkan sebagai penganti jurucakap andaikata Hj Nasir iaitu kakanda lelaki sulong keluarga Hj Yusof Mail tidak dapat hadir.

Pada tarikh yg ditetapkan Hj Nasir tidak dapat datang , dan salah seorang dari nama yang disebutkan diatas menjadi jurucakap secara bidan terjun. Tapi apakan daya , kail panjang sejengkal . Kegagalan menyuarakan butir2 pertunangan dan perkahwinan yang menjadi asas penting untuk dibawa ke perbincangan dengan pihak perempuan , telah menjejaskan kelicinan dan kecantikan adat budaya Melayu Islam khususnya ketika merisik dan meminang. Oleh kerana butir butir yang penting tiada dapat diajukan , maka waris pihak perempuan telah meminta bakal tunang agar naik dan masuk menghadirkan diri bagi menyatakan sendiri butir2 seperti -penyelesaian andaikata pertunangan ini tersebut putus ditengah jalan , penetapan tarikh perkahwinan dan bila sebahagian dari wang hantaran dapat diserahkan kepihak perempuan untuk digunakan bagi menyediakan majlis.
Selama aku hidup , inilah kali pertama aku dengar seorang bakal tunang (sebab belum bertunang) dipanggil masuk kedalam majlis merisik dan bertunang untuk mengambil alih peranan jurucakap rombongan pihak lelaki - iaitu jawatankuasa yang dipilihnya sendiri .
Sambung cerita .... Anyway ketika aku berjalan ketempat meletak kereta untuk mengambil kamera yang tertinggal akibat kekelam-kabutan ketua rombongan yang tidak pasti akan alamat rumah pihak perempuan .Ahli rombongan kami yang terdiri dari semua adik ipar aku dan anak anak saudara, telah meninggalkan lokasi asal kami mula berhimpun.Setelah mendapatkan kamera, aku kembali ketempat itu terkejut dan melihat tidak ada siapa disitu.Oleh kerana tak mampu nak mencari mereka, aku terduduk keseorangan, diatas sebuah kerusi plastik memegang kamera aku ..... 'kemana mereka ..?'
Aku tidak menalifon kerana bimbang rombongan tersebut telah memasuki rumah pihak perempuan dan sedang berbincang ,dan panggilan telefon aku mungkin menganggu konsentrasi perwakilan. Pada masa yang sama Aku juga merasakan sepatutnya mereka tunggu aku sekejap , sekejap saja supaya orang tua ini dapat bersama2 berjalan dengan mereka ketempat yang dituju.Mungkin mereka dah lupa yang aku dah hilang 20% kekuatan/keupayaan kakiku utk berjalan akibat kerosakan saraf setelah menjalani pembedahan tulang belakang.
Telah sekian lama aku dan isteri aku merasakan seolah olah 'useless' sebab mereka dah matang dan mencapai status sosial dan kewangan yang tinggi.Pernah seorang dari mereka sebut yang Gred A48 DCA ,sekiranya dibandingkan dengan sektor perguruan adalah gred biasa saja .Memang pun , aku mmg pekerja gomen biasa yg drive kereta Proton ja. Sementara kepakaran isteri aku hanya pandai mendidik anaknya dan kini sedang mengasuh cucu kami agar jadi manusia yg berakhlak baik. Bacaan Al Fatihah dan Ayat Kursi aku dan aruah Abah aku yang jahil agama ini tidak lagi diingati sebab dah kenal dan ada strong connection dengan Pengamal Perubatan Islam yg bagus. Sememangnya aku tidak pernah habis belajar Muqaddam dan Quran malah tidak pernah menjejakkan kaki ke Tanah Suci....takkan dapat bacakan air tawar yg mujarab.
Tak Mengapalah....Ini catatan ringkas Syawal ku. Syukur , isteri aku , anak2 aku Nor Azrul dan Nor Husna serta cucu masih terus dilimpahkan nikmat besar yang diturunkan Allah.Kepada yang merasakan diri mereka hebat , aku rasa memang mereka hebat, no problem.Aku mmg begini dah , menunggu tarikh pesaraan
Sementara itu - Ya Allah, aku terluka dgn peristiwa semalam, tenangkanlah hati ini.Amin.